
Terima kasih kepada Petrosains dimana saya percaya sudah masuk tahun ke 4 kita bersama dalam bersama untuk pelbagai event yang dibuat oleh Petrosains. Tahun ini memang agak berlain kerana kali ini Ai akan bersama dalam pertandingan ini.
Saya berpeluang untuk berkongsi dengan para peserta pertandingan dan juga mereka yang bakal bersama dalam Petrosains Ai Summit ini berkaitan dengan Google Ai Studio pada 23 Julai 2026 dimana akan dicadangkan digunakan oleh para peserta dalam membuat prototype yang akan bakal dibentangkan pada saat pertandingan nanti.
Selain itu pada perkongsian kedua saya pada 5 Ogos 2026 menyentuh bagaimana menggunakan Gemini + Gemini Notebook dengan seoptimum mungkin dalam membuat persediaan pertandingan ini nanti.
Terima kasih sekali lagi saya juga diminta untuk bersama Petrosains pada 8 Ogos 2026 tapi kali ini adalah berkongsi dan berbincang dengan para peserta berkaitan dengan Persediaan minda untuk menggunakan Design Thinking dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat Prototype yang bakal mereka pertandingkan.
Sukses buat semua yang bakal bersama Pertosains untuk pertandingan ini.
