𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻.

Saya masih ingat tahun 2023. Saya datang seorang diri dari Sabah ke Google for Education Symposium di Singapore.
Ketika itu, saya hanya membawa satu niat yang sangat sederhana tetapi besar maknanya dalam hati: suatu hari nanti, Sabah juga mesti ada wakil yang berdiri di pentas Google ini.
Saya berkongsi bagaimana Google telah mengubah cara saya mengajar, membantu sekolah saya berkembang, membentuk diri saya, dan memberi manfaat kepada komuniti yang saya sertai. Pada masa yang sama, saya bertemu ramai pendidik hebat dari pelbagai negara.
Di situlah saya mula mengenali dunia Google dengan lebih dekat. Saya mula memahami apa itu Google Certified Trainer, Google Certified Coach, Google Certified Innovator, dan akhirnya dunia Google Educator Group (GEG).
Sejujurnya, ketika itu saya rasa seperti rusa masuk kampung. Semuanya baharu. Saya hanya memerhati, belajar, bertanya, dan menyerap sebanyak mungkin ilmu daripada mereka yang sudah jauh ke hadapan.
Namun, dari situlah impian itu bermula.
Saya melangkah masuk ke dunia GEG dengan satu harapan yang jelas. Saya mahu Kota Kinabalu dan Sabah bukan sekadar menjadi penonton, tetapi menjadi sebahagian daripada peta komuniti Google di dunia.
Saya sedar perjalanan ini bukan tentang rezeki saya seorang. Sebab itu saya sentiasa mengajak rakan-rakan berjalan bersama. Dari Sabah, dari Kelantan, dan dari mana sahaja yang berkongsi impian yang sama. Mereka inilah yang melihat impian besar ini bukan sekadar angan-angan, tetapi sesuatu yang boleh dibina bersama.
Saya sentiasa berpesan kepada rakan-rakan GEG:
“𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙜𝙖𝙡𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙂𝙀𝙂. 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞.”
Kerana kejayaan sebenar bukanlah berapa banyak sijil yang kita kumpulkan, tetapi berapa ramai guru dan murid yang mendapat manfaat daripada ilmu yang kita bawa pulang.
Alhamdulillah.
Tahun 2025, Sabah kembali ke Google for Education Symposium Singapore.
Bukan lagi seorang.
Tetapi lima orang.
Ketika itu saya tahu, doa yang pernah saya panjatkan pada tahun 2023 mula dijawab sedikit demi sedikit.
𝟮𝟬𝟮𝟲.
Sabah hadir dengan 26 orang, bersama rakan strategik dari Kelantan seramai 16 orang di GEG Energizer, Spectrum Putrajaya.
Melihat dewan yang dipenuhi wajah-wajah dari Sabah, saya tersenyum sendiri.
Perjalanan ini tidak pernah tentang seorang individu.
Ia tentang membina peluang supaya lebih ramai
Orang dapat berdiri di pentas yang sama.
Dalam perjalanan ini pasti ada nama perlu diingati.
Bukan kerana mereka selalu berada di hadapan.
Bukan juga kerana mereka paling banyak disebut.
Tetapi kerana pada satu-satu masa, mereka hadir dengan cara yang cukup bermakna.
Hamidah Wahab Insan belakang tabir menjadi tulang belakang kepada banyak perkara mungkin orang tidak nampak.Terima kasih sangat.
Ada FX. Nanang Sujatmiko yang membuka ruang kepada dunia Innovator. Kadang-kadang dalam hidup ini, satu ruang yang dibuka oleh seseorang boleh menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh.
Drbahsha Rudin menyimpan satu cerita tersendiri.
Motivasi yang beliau berikan pada tahun 2023 itu mungkin nampak biasa pada orang lain, tetapi bagi saya, kesannya sangat besar. Hanya beliau yang tahu bagaimana kata-kata itu pernah menguatkan langkah saya ketika itu.
Saya juga tidak akan lupa Ailisa Azmi
Seorang insan yang sangat kuat dalam menghadapi ujian dirinya. Melihat ketabahan beliau, saya belajar bahawa kuat itu tidak semestinya perlu ditunjukkan dengan suara yang lantang. Kadang-kadang, cukup dengan terus bertahan dan tetap berjalan.
Aishah Mohd Aris pula insan serba boleh.
Hadirnya selalu membawa rasa mudah. Di mana ada ruang yang perlu dibantu, di situlah beliau ada. Tidak banyak bicara, tetapi geraknya sentiasa memberi makna.
Dan dalam perjalanan ini juga muncul pelapis Izyan Izzuddin dan Syahrul Nizam mereka membuktikan bahawa jarak bukan alasan untuk tertinggal. Sebuah sekolah sejauh 70KM dari bandar Tawau akhirnya mampu membudayakan pendigitalan sehingga 100%. Jalan terus.
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖 𝙄𝙙𝙚𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖, 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙞𝙣𝙞 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙣𝙖𝙛𝙖𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖.𝙎𝙮𝙪𝙠𝙪𝙧, 𝙖𝙡𝙝𝙖𝙢𝙙𝙪𝙡𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝.
Perjalanan ini sebenarnya bukan hanya tentang teknologi.
Ia tentang manusia-manusia yang hadir, menyokong, membuka ruang, memberi semangat dan percaya kepada perubahan.
Ada yang bekerja dalam diam.
Ada yang membuka jalan.
Ada yang memberi kata-kata.
Ada yang menjadi contoh kekuatan.
Ada yang menyambung perjuangan.
Dan semua nama ini, saya simpan baik-baik dalam ingatan.
Kerana dalam sebuah perjalanan yang panjang,
bukan hanya destinasi yang penting
tetapi siapa yang pernah berjalan bersama kita.
Kita hadir dalam apa juga cerita bukan untuk orang terima kita dan menyenangi apa yang kita buat.
Dan jika ada yang bertanya…?
“Apa lagi selepas ini?”
Jawapan saya mudah.
Perjalanan masih belum selesai.
Masih ramai guru di Sabah yang perlu dibawa bersama melihat dunia lebih luas melalui pendidikan dan teknologi.
Kerana impian yang sebenar bukan sekadar membawa Sabah ke pentas dunia.
Tetapi memastikan suatu hari nanti, dunia pula datang mencari Sabah melalui Google for Education.
Terima kasih untuk semua yang hadir bersama SABAH. Sayang kalian.
