𝗥𝗮𝘁𝗲 : 𝟵/𝟭𝟬

blank

𝗢𝗗𝗬𝗦𝗦𝗘𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔

Pada saya dalam cerita ini perkara paling menarik tentang Odysseus bukan hanya kebijaksanaannya sebagai ahli strategi perang. Cerita ini mengisahkan juga beban yang dibawanya selepas perang Troy itu berakhir. Matt Damon menggambarkan Odysseus sebagai seorang pemimpin yang kuat tetapi melalui wajah, pergerakan tubuh dan caranya bertindak balas terhadap tekanan, saya melihat seorang lelaki yang letih, trauma dan kadangkala dihantui oleh keputusan yang pernah dibuatnya. Odysseus mempunyai satu matlamat iaitu dia mahu pulang ke Ithaca tanah airnya dan bertemu semula dengan Penelope isterinya dan Telemachus anaknya.

“𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘵𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨. 𝘗𝘢𝘴𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘦 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘶𝘫𝘶, 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯”.

Cerita ini juga menjelaskan, 𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘖𝘥𝘺𝘴𝘴𝘦𝘶𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘢, 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘪𝘯?

Bagi saya, persoalan itu penting kerana visi seorang pemimpin perlu dijelaskan kepada anak anak buahnya supaya mereka jelas apa yang ingin dicapai oleh visi itu. Seorang pemimpin mungkin sangat yakin dengan destinasi yang mahu dicapai tetapi keyakinan tersebut tidak mencukupi apabila pasukan sudah kehilangan tenaga, kepercayaan atau harapan. Dalam organisasi, matlamat yang jelas perlu disertai dengan komunikasi, persetujuan dan rasa memiliki matlamat yang sama.

𝗞𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗥𝗢𝗝𝗔𝗡 – 𝗧𝗥𝗢𝗬

Kuda Trojan dalam cerita ini menunjukkan kekuatan Odysseus sebagai seorang pemikir strategik. Apabila cara peperangan biasa gagal dia hadir dengan strategi yang tidak terfikir pada ketika itu. Sebaliknya dia membaca psikologi lawan dan menggunakan keyakinan serta rasa kemenangan mereka sebagai kelemahan.

Dari sudut pengurusan, tindakan ini menunjukkan keberanian untuk mempersoalkan pendekatan lama dan mencuba sesuatu yang belum pernah dibuktikan. Namun kejayaan strategi tersebut tidak boleh dinilai melalui hasil sahaja. dalam cerita ini Kuda Trojan juga telah membawa persoalan etika kepada dirinya. Strategi itu bijak tetapi ia berasaskan penipuan dan membawa kemusnahan yang besar.

Dalam organisasi pemimpin juga boleh mencapai sasaran melalui tindakan yang berkesan tetapi apabila ianya merosakkan kepercayaan, budaya atau kesejahteraan manusia perkara itu akan menghantuinya sehingga akhir hayatnya nanti kerana itu inovasi strategik tersebut dinilai bukan sahaja berdasarkan sama ada ia berjaya tetapi juga berdasarkan harga yang perlu penyesalan yang perlu dibayar.

𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦

Perjalanan pulang Odysseus diceritakan dalam keadaan yang tidak dapat diramal. Dia tidak dapat menjangka cuaca, musuh, perubahan laluan atau niat pihak yang ditemuinya. Keadaan ini adalah persekitaran VUCA. Perkara yang lebih penting sebagai seorang Odysseus, dia tidak boleh bergantung pada satu cara memimpin untuk semua situasi.

Ada keadaan yang memerlukan keberanian fizikal dan ada pula yang memerlukan kesabaran, penipuan atau kawalan diri. Keupayaannya menukar pendekatan menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin yang adaptif. Walau bagaimanapun, kebolehan menukar strategi tidak semestinya bermaksud dia sentiasa mendengar pasukannya. Di sinilah saya melihat satu kelemahan dalam kepimpinannya. Dia sering bergantung pada kecerdasan sendiri sedangkan keputusan yang lebih baik mungkin dapat dibuat jika pengetahuan dan pengalaman anak buahnya turut digunakan.

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔

Odysseus bukan sekadar memimpin tentera yang letih secara fizikal. Mereka juga telah melalui peperangan, kehilangan, kelaparan dan ketakutan. Pada saya, keadaan ini mengingatkan bahawa manusia tidak boleh diurus seperti peralatan atau angka dalam laporan prestasi. Mereka mungkin masih mampu menjalankan tugas tetapi itu tidak bermakna mereka berada dalam keadaan mental dan emosi yang baik.

Dalam organisasi, pemimpin biasanya memberi perhatian kepada kos, jadual, sumber dan sasaran. Semua itu penting tetapi pasukan juga memerlukan rehat, pengiktirafan terhadap kehilangan dan ruang untuk menyuarakan kebimbangan. Seorang pekerja yang keletihan mungkin masih mematuhi arahan tetapi kepatuhan tidak sama dengan komitmen.

Gaya arahan dan kawalan mungkin diperlukan ketika berlaku kecemasan terutamanya dalam konteks ketenteraan. Namun masalah timbul apabila gaya itu menjadi satu-satunya cara memimpin. Pemimpin yang sentiasa memberi arahan tanpa menerima maklumbalas anak buahnya akhirnya boleh kehilangan maklumat penting daripada orang yang paling dekat dengan masalah tersebut.

𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 :

Pulangnya Odysseus ialah perjalanan moral. Dia mungkin telah membantu memenangi perang tetapi kemenangan itu tidak secara automatik menjadikannya suami, bapa atau raja yang lebih baik. Dalam perjalanan pulang dia dipaksa menghadapi akibat tindakannya dan menilai semula siapa dirinya selepas sorakan kemenangan berakhir.

The Odyssey menunjukkan bahawa kecerdikan, keberanian dan kuasa tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang pemimpin yang baik. Seorang pemimpin juga memerlukan empati, tanggungjawab dan disiplin moral. Odysseus boleh dianggap sebagai ahli strategi yang luar biasa tetapi hubungannya dengan pasukan juga perlu dilihat sebagai satu kekuatan padanya. Dengan adanya keyakinan dalam memimpin menyebabkan pemimpin berani membuat keputusan yang lebih berani.

Pengajaran terbesar yang saya perolehi daripada cerita ini ialah seorang pemimpin tidak hanya dinilai berdasarkan kejayaannya membawa organisasi sampai ke destinasi. Seorang pemimpin juga dinilai berdasarkan keadaan manusia yang tiba bersamanya adakah mereka masih memiliki semangat, keyakinan, maruah dan kepercayaan setelah melalui perjalanan tersebut.

𝘔𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩. 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯. 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘯𝘺𝘢, 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪𝘢𝘯, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢. 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘪𝘯𝘴𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢.

Ts.Jebat
Setiap kita adalah The Odyssey kita sendiri.

Tags: