๐—–๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ฑ ๐Ÿญ โ€” ๐—ง๐—ฒ๐—ฎ๐—ฐ๐—ต ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚ ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ป

Setiap pagi, Kim Gyeong-min melangkah malas masuk ke pintu pagar Daehan High School dengan kepala tunduk.

Bukan kerana hormat.
Tetapi kerana takut.

Di sekolah itu, dia bukan sekadar pelajar. Dia ialah โ€œorang buanganโ€. Setiap hari, hinaan, penumbuk, ketakutan menjadi teman yang paling setia.

Ryu Jun-hyeong dan kumpulannya memastikan hidup Gyeong-min tidak pernah tenang. Yang paling menyedihkan, semuanya berlaku di hadapan mata ramai orang.

Guru melihat.
Pelajar melihat.
Pihak sekolah tahu.
Tetapi tiada siapa benar-benar bersuara.
Sehinggalah muncul pelajar bernama Park Dae-seok.

Dia berani mempertahankan seorang guru apabila yang lain hanya mampu menjadi bayang. Namun di dunia yang sudah terlalu rosak, keberanian adalah dianggap kesalahan.

Dan keberanian itu dibayar dengan harga yang terlalu mahal.

Disebabkan keberanian mempertahankan gurunya, Dae-seok kini menjadi mangsa. Lebih teruk. Lebih kejam. Bukan hanya tubuhnya disakiti, tetapi jiwanya dihancurkan sedikit demi sedikit. Buli !

Kata-kata sebenarnya lebih tajam daripada penumbuk. Tamparan lisan mampu menikam emosi seseorang tanpa meninggalkan luka yang kelihatan. Ia menghimpit perlahan-lahan, sehingga mangsa merasakan dunia ini tidak lagi menyediakan ruang untuknya bernafas.

Lalu pada satu pagi yang tidak akan pernah dilupakan, di hadapan Gyeong-min dan seluruh warga sekolah, Dae-seok memilih untuk pergi buat selama-lamanya dengan terjun dari bangunan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuknya.

Sebuah sekolah.
Tempat yang sepatutnya melindungi.
Tempat yang sepatutnya mendidik.
Tempat yang sepatutnya menyelamatkan.
Tetapi sekolah itu gagal.

Kematian Dae-seok bukan sekadar tragedi. Ia adalah jeritan seorang pelajar yang terlalu lama tidak didengari. Ia menjadi bukti paling jelas bahawa sistem telah lama retak, tetapi semua orang memilih untuk menutup mata.

Guru tahu.
Pelajar tahu.
Pihak sekolah tahu.
Namun semuanya diam.

Apatah lagi pada generasi ini setiap detik boleh dirakam serta boleh ditonton kembali serta dapat dikongsikan serata ruang. Setiap kegagalan boleh dipertontonkan kepada dunia.

Ironinya, inilah realiti pahit zaman sekarang.

Masalah hanya dapat diselesaikan setelah ianya viral. Tanpa kita sedar sistem ini telah mendidik masyarakat ini kearah tersebut. Sistem yang kita anggap lengkap sebenarnya memerlukan perkataan viral barulah diambil perhatian.

Namun tragedi Dae-seok ini telah membuka jalan. Masalah adalah peluang.

Ia membuka jalan kepada kedatangan Educational Rights Protection Bureau (ERPB). Sebuah badan yang ditubuhkan untuk menangani buli, keganasan sekolah dan salah laku dalam sistem pendidikan.

Hwa-jin tidak datang dengan senyuman manis.
Dia tidak datang dengan ceramah motivasi.
Dia juga tidak datang untuk memujuk pembuli dengan bahasa yang lembut.
Dia datang dengan ketegasan.

Kerana ada manusia yang tidak pernah belajar bahasa belas kasihan. Dengan adanya pelajaran empati dimasukkan dalam diri dan rasa barulah sikap itu berhenti apabila mereka merasai ketakutan yang selama ini mereka berikan kepada orang lain.

Dalam episod pertama ini, Hwa-jin bukan sahaja berdepan dengan Jun-hyeong dan kumpulannya. Dia juga cuba membangkitkan sesuatu yang telah lama mati dalam diri Gyeong-min iaitu keberanian untuk berdiri semula.

Keberanian untuk tidak terus tunduk.
Keberanian untuk percaya bahawa dirinya masih bernilai.
Keberanian untuk melawan, walaupun dunia pernah membiarkannya sendirian.

Episod pertama Teach You a Lesson memberi nada yang jelas. Ini bukan kisah sekolah biasa. Ini kisah tentang trauma pelajar, kegagalan sistem, keberanian yang dihukum, dan keadilan yang datang setelah terlalu banyak nyawa terluka.

Drama ini mengingatkan kita bahawa buli bukan โ€œgurauan budak sekolahโ€. Ia bukan sekadar usikan. Ia bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan ayat, โ€œbiasalah, budak-budak.โ€

Buli boleh membunuh.

Dan selagi sistem terus berdiam diri, selagi saksi memilih untuk menunduk, selagi suara mangsa dianggap gangguan akan ada lagi Dae-seok yang terkorban dalam senyap.

Kerana untuk menyatakan kebenaran, kadang-kadang kita perlu berani berdiri sendiri.
Walaupun takut.
Walaupun terluka.
Walaupun seluruh dunia memilih untuk diam.

Saya suka penyusunan cerita ini sebab sutradaranya memberikan kita rasa untuk mahu tahu “apa lagi lepas ini ya?” ok kita ke episod dua.

Ts.Jebat
11 Jun 2026